Thursday, January 31, 2013

Hypocrite, Adapting, Being Yourself or Improving Yourself? (Part 1)

Assalamualaikum and greetings jejaka tampan dan gadis jelita sekalian :)

Siapa kat sini yang suka orang hypocrite?
Apa? Tak suka? Yup. Siapa yang suka kan.

And siapa kat sini yang selalu hypocrite?
Apa? Tak pernah? Mana ada? Eh ada yang senyap pulak ehh ehh. Jangan lah tersentap.

I give you situations

Situation A

Minah seorang gadis yang berusia 17 tahun dan menuntut pelajaran di MRSM Y. Kehidupan Minah berlatarbelakangkan keluarga yang sangat berada. (Budak budak MRSM kan banyak yang kaya kaya tapi bukan aku lah hehh). Meskipun Minah hidup mewah, namun pengetahuan agamanya agak kurang. Minah seorang yang free-hair (asal free-hair je nampak jahat) dan mengamalkan gaya hidup barat (ala ala drama Melayu).

Campaign_large

So, Minah ni masuk meresemm. Wajib pakai tudung. Jadi, Minah pun memakai tudung, solat 5 waktu, pakai setokinn semata-mata untuk mematuhi peraturan maktab. Persoalannya? Adakah Minah seorang yang hipokrit sebab pakai tudung and solat semata kat sekolah ibarat Tuhannya hanya ada di sekolah sahaja?

Situation B

Samad seorang lelaki yang playboy, suka berjoli berparti, merempit, merokok, dan 'me-' yg sebagainya. Suatu ketika, Samad terjumpa Senah dan jatuh hati padanya. Dia mendambakan cinta Senah. Senah mengatakan bahawa dirinya akan sedia menerima Samad sebagai boipren jika Samad berjanji utk berubah. Jadi, Samad pun berubah lah. Tidak merokok, tidak bersosial, malah Samad belajar selok belok agama. Tapi, still couple lagi tu. Maklumlah, tengah bercinta, lautan api sanggup direnangi kalah bomba. 

love is blind :)

Jadi, adakah Samad dikira sebagai hipokrit? Alasan anda?

Situation C

Siti seorang budak yang sopan dan santun. Manakala Peah pula biasa-biasa je. Suatu hari, Peah ternampak Siti sedang menghangguk-hanggukkan kepala sambil earphone tersangkut di telinganya. 

Peah: Weh, Siti. Kau buat apa? Dah macam orang tak betul je.
Siti: Hee. Layan Avenged  Sevenfold.
Peah: Ouh okay (dalam hati: woww tak sangka budak alim camni pun layan lagu A7X. ishh aku ingat Siti ni alim sopan lah sangat. Entah entah dia buat buat baik je)

Listen To Your Heart

Setujukah anda bahawa Siti seorang yang hipokrit? Sebab?

Situation D

"Bagi aku, budak budak yang kononnya #TeamHijrah lah dah berubah lah hape ni semua hipokrit je diorang ni. Semua plastik. Kalau nak berubah, berubah lah senyap senyap. Perlu je nak bagi satu dunia tahu. Riak la tu. Diorang tak reti ke nak jadi diri sendiri. C'mon, be yourself mann!" -Mamat,2013-

Tumblr

Anda setuju dengan kenyataan Mamat? Mengapa?

Situation E

Bedah: Ihh menyampah lah aku tengok si Munah tu. Suka sangat mengampu cikgu. Kalau jumpa cikgu tu, bukannya nak tanya soalan ke apa. Bersembang je. Kat dalam kelas, semua cikgu suka dia.
Piah: Aku pun tak berapa suka sangat dia tu.
Bedah: Eleh kau ni cakap lebih. Bukan kau baik ke dengan dia?
Piah: Aku baik camtu-camtu je. Dalam hati, menyampah jugak. 
Bedah: Eee hipokrit lah kau ni.

bitch please

Betul ke Piah ni hipokrit?

Come on! I need your views and opinions on these 4 situations. I purposely leave this situations to you for you to think and point out your views. I'm gonna share my views and opinions on the next post, or who knows I'm gonna include your views on my next post. You can leave comments, or make your own blog post as a feedback, send e-mail, or tweet or fb-ing me. Hahaha hehh macam ramai je lah nak bagi feedback. Kalau takde, isokey. Blog aku ni pun bukannya menarik sangat untuk dibaca hehh. Kahkahkah. 

So long, readers! Sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya. Assalamualaikum :)

-Aqilah Rosli-

No comments: