Thursday, February 14, 2013

Hypocrite, Adapting, Being Yourself or Improving Yourself? (Part 2)

Assalamualaikum and greetings :)

Well it has been a week or more since I've posted the last entry. So tanpa membuang masa dan menambah dosa berkata tentang benda yang tidak berfaedah, moleklah jika saya mengemukakan opinions dan views saya mengenai 5 situasi dalam tajuk post saya sebelum ini. Kepada yang belum baca blog post saya before ni, mohon berbuat demikian. (Recent blog post) Kalau tak, anda akan terlopong ternganga tak faham apa yang saya ingin sampaikan ini.

Situation A
(Kisah Minah yang hanya bertudung dan solat ketika di maktab/sekolah sahaja)

Ini pendapat saya. Bagi saya, it's not fair for us to judge her as hypocrite. Kenapa? Berdasarkan latar belakang keluarganya, Minah bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang memiliki pegangan agama yang kuat. Dan melalui pendidikan dan peraturan di sekolah lah Minah mula mempelajari semua itu?

Facebook

Mungkin ada di antara anda yang bertanya "Ehh bukan dia dah belajar kat sekolah ke tutup aurat itu wajib. Asal pakai kat sekolah je? Kat sekolah je ke ada Allah?"

Dan jawapan saya, okay. Kita manusia ni hidup secara berperingkat. Menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Begitu juga ilmu yang kita pelajari. Sedikit demi sedikit kita belajar. Saya bagi satu analogi. Semasa kita mula mula belajar tentang solat, adakah kita praktikkan secara langsung like direct zapp terus solat time kecik tu. Tak kan? Mungkin ada. Tapi kebanyakannya disuruh oleh parents, baru buat, ada yang kena rotan dulu baru buat. And apabila kita semakin besar, kita belajar pulak kebaikan solat dengan lebih mendalam. Bila dah tahu kebaikan and kepentingan solat tu, baru boleh praktis solat tu sendiri tanpa disuruh. Dari situ, boleh nampak untuk mengamalkan sesuatu tu perlu ada peringkatnya.


Rasulullah SAW memerintahkan kita : "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" 

Adakah itu hipokrit? Itu latih diri, bukan hipokrit. 

Kalau tak dapat bertudung sepenuh masa, bertudunglah di sekolah. Latih diri. Namun, jika ada insan yang menduga akan niat anda itu, mungkin ada yang cakap "Kau ni ingat tudung ni benda main main. Sekejap boleh pakai, sekejap tak?" Anda kena lah explain kat diorang yang anda ni masih ingin melatih diri. Tapi kalau anda terus senyap je, ada mungkin betul juga kalau anda ni hanya mempermainkan syariat bertudung ini. Berbalik pada niat masing-masing. Allah lebih tahu. 

Macam dalam analogi saya tu, parents yang kuat pegangan agama akan suruh and rotan anak dia supaya tak tinggal solat. Dalam kes Minah ni macam mana? Yang parents tak kuat pegangan agama ni? Sekolah hanya ajar tentang aurat, apa jadi kalau tak tutup aurat. Tapi praktikalnya, bergantung pada keluarga, rakan-rakan, persekitaran dan diri sendiri. Mungkin Minah hanya bertudung dan solat di sekolah. Sebab apa? Peraturan. Dan apa peranan masyarakat macam kita ni? Terus cop dia sebagai hipokrit macam tu?


Bagi orang macam Minah, Minah mungkin hanya nampak solat dan aurat dalam pelajaran and peraturan sahaja which she tak diberi peluang untuk seeing the other side of it. And mungkin juga Minah susah nak praktikkan di luar sekolah sebab family. Nak share sikit lah.

Saya dulu pun free hair jugak. Start bertudung time Form 4 nak masuk Form 5. Saya tahu tutup aurat tu wajib. Kalau kat sekolah memang jaga, sebab bagi saya kat sekolah lah tempat nak praktis tutup aurat. Kenapa tak praktis kat luar? Sebab family. Bukanlah nak cakap family saya teruk ke apa. Tapi maybe family saya tak macam korang yg dari kecik dah suruh korang pakai tudung. So, bila nak praktis bertudung kat luar sekolah, dugaanya sangatlah berat sebab mengenangkan family. Takut family tersinggung ke apa. Bukan senang tau.

Pages

So, my views ni pun based on my experience. And it's not fair for you to judge the free-hairs as hypocrite. Saya sekarang bertudung and saya tau apa yang diorang lalui. But as a part of society, janganlah bersangka buruk kat diorang. Guide them. Let them see the beauty and the secrets beneath of covering aurat and solat. Kita mampu tolong mereka. But the hidayah is still from Him. :)

Situation B
(Samad yang berubah demi cinta hatinya)

Ini satu hal yang berlaku dalam society kita. Couple. Berubah semata-mata demi kekasihnya.

Hishh cemana nak eksplen. *garu garu kepala* Hahahahaha. Bagi saya, sangatlah teramatlah hipokrit jika seseorang itu berubah demi orang lain. Namun, tak salah kalau kita nak jadikan seseorang itu sebagai catalyst untuk kita berubah. Bagi saya, contohlah anda rasa seseorang itu dapat membuatkan anda berubah. Berubah je lah kerana Allah. Tapi bila rasa berat sangat nak berubah tu, bila nafsu tu menghasut untuk menghentikan perjuangan itu, ingat balik catalyst korang tu. Ingat sekejap je. Mungkin dengan cara itu korang dapat semangat nak teruskan perubahan itu.


Dan lebih baik korang jadikan tokoh atau idola ternama sebagai catalyst korang selain daripada insan yang berlainan jantina. Banyak da'ie da'ie yang cool cool yang korang boleh jadikan sebagai catalyst. We have Aisyah Syakirah, Dena Baharin, Maria Elena, Fatimah Syarha, Aiman Azlan and banyak lagi lahh.

Why kena berubah sebab Allah? Bukan sebab kekasih ke, bukan sebab bakal isteri or suami ke? Kenapa?

Sebab kekasih, gelpren boipren, bakal isteri bakal suami ni semua belum pasti. And satu kisah saya nak share.

Saya ada seorang kawan baik. Bestpwenn powebahh baq hang. Dia ni dulu macam teruk teruk sikit lah. Lepas tu, dia kenal seorang laki ni. Laki ni banyak lah nasihat dia jaga tingkah laku lah hape supaya dia tak jadi jahat. Then, diorang couple. My BFF ni pun cakap lah "oohhhemmmgeee, lelaki ni baik gilaaaaa. Sebab lelaki tu lah, aku berubah." Jaga aurat lah hape. Then, at one moment they suddenly break up. Haa tak ke menggigit jari. Then this cute lil girl ni mengadu kat aku, like she lost her way. Sebab dulu lelaki tu yang selalu jaga dia but dia berubah jadi baik. But now? Mana lelaki yang melontarkan ayat ayat manis tu? Haa.


See. Even bakal suami ke apa pun. Ada yang cakap "Eh aku kena tutup aurat lah. Kesian bakal suami aku nanti bukan jadi org pertama yang tengok aurat aku". Kot hang dapat kahwin. Kalau tak? Kau tutup aurat tu lillahita'ala ke tak? Tepuk dada tanya iman.

Situation C
(Siti yang nampak sopan santun tetapi pehh pehh layan A7X)

Hahahahahaha. Wait. Kita semua ni malaikat ke nak tanya sikit? Orang yang sopan santun ni tak pernah buat dosa ke? Orang yang sopan santun ni memang takde time ke nak gila gila (main-main lah, bukannya berparti)

Mentaliti masyarakat kita yang apabila kebiasaanya melihat seseorang itu berperilaku baik, maka satu dosa atau satu benda yg orang tu buat di luar jangkaan, dah dianggap seperti dosa besar, masuk neraka mati seksa je.

(Sorry la gambar ni ganas sikit. Hihihi)

Kita semua bukan malaikat, bukan Nabi, yang terpelihara daripada melakukan dosa. And fitrah seseorang manusia itu suka akan hiburan. Namun, yang menjadi dosa itu apabila hiburan itu dapat melalaikan kita. And kalau Siti bagi nasihat, mesti ada yang cakap "Eh kau pun bukannya baik sangat pun. Tak macam apa yang aku sangka. Aku ingatkan kau ni lembut sopan santun lah sangat. Padahal... buatpe nak nasihatkan aku? Perbetulkan diri kau tu dulu." Ha kau. Tohmahan yang amat dahsyat sekali haa. Bukan kah kita disuruh untuk dengar nasihat bukan berdasarkan pada diri orang yang beri nasihat?

/l1ghtweight

And lagi satu, apa yang Siti buat itu bukannya hipokrit, ia dinamakan melindungi aib sendiri. Sedangkan aib orang itu wajib kita sembunyikan, inikan pula aib sendiri?

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." 
(Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Tumblr

Situation D
(Kenyataan Mamat tentang Be Yourself!)

Huraian saya di sini sama seperti huraian dalam situation C. And just want to share lah. Ada baca satu tweet kat twitter ni, eh mestilah kat twitter enn. Haa okay. Sounds like this;

"Aku bukan taknak tweet islamik 24 jam. Cuma takut nanti aku tak buat. Kan berdosa kalau aku tweet suruh orang buat kebaikan, tapi padahal aku sendiri tak buat."

382202_10151358162073122_1307055386_n_large

So, anda ni nak cakap yang orang yang tweet islamik ni selalunya pandai cakap je. Tak reti buat? Camtu? Okay listen listen listen listen listen (hahahahaha okay tak lawak) Ehem. Iman manusia ni sentiasa turun dan naik. Kalau nak tunggu kita buat semua ibadah, baru nak ajak orang buat baik, sampai kiamat pun takde lah orang yg berdakwah kat muka Bumi ni. And siapa suruh tweet islamik 24 jam? Just kalau nak share something yg baik, share je lah. Takde siapa hire korang utk tweet benda islamik 24 jam.

And yang suka tweet islamik ni pun, anda juga harus sedar apa yang anda share tu anda kena buat tau. Mungkin susah lah kalau nak istiqamah tu, but at least try ikut. Jangan hanya di twitter je, apa? Allah tu ada kat Twitter je ke? Tepuk dada, tersedak sikit, tanya iman. Haha.

Daripada anda mengakkan dakyah tentang Be Yourself, 
why don't you spread the vibes on Improving Yourself?

Tumblr_mhfbnzn4lc1rlzvmho1_500_large


Situation E
(Piah  tak suka rakannya, Munah tapi still berbuat baik dengan Munah)

Mungkin kebanyakan anda akan mengatakan yang Piah ni hipokrit sebab macam jadi depan baik, belakang baik. Haaa. Tapi hakikatnya, bagi saya, tidak sama sekali.

Bukan ke kita ni diwajibkan untuk berlaku baik terhadap semua orang tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama, mahupun perangai. Saya tahu kita harus memilih dalam berkawan, tetapi bukanlah sampai kawan yang hat teruk tu, kita pulaukau terus. Berbuat baiklah seperti biasa kepada semua orang.

anti-racism

Namun, kita juga tidak dibenarkan bermuka-muka. Buat baik dengan semua orang, belakang orang tu kita megumpat. Bro, manners mana manners? Hahahaha best ke makan daging sendiri? Ha so fikirkanlah ye. Saya pun susah gak nak berhenti mengumpat. Biasalah kak minah kepochi macam aku ni mana boleh terlepas dari mendengar segala gossip. Hahaha tp try lah, agak terasa mcm mengumpat istighfar lah ye. Tak pun makan cili banyak banyak macam dalam iklan Elak-Elak tu (Suka gila iklan tu) Haha

Rasulullah Muhammad saw. bersabda, “Jangan meremehkan sedikit pun dari amal kebaikan, meski hanya sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri-seri”(HR. Muslim).

Sometimes kita bukan nya ada multiple personalities or kita ni hipokrit ke apa, tapi in some cases and some situations, kita kena ubah personality kita which is called adapting. Kita berubah due to adaptation towards our environment and also people who we're being with. For example, kita kat satu tempat yang dikelilingi orang yg baik baik, automatik kita pun akan ikut jadi baik. But bila kita keluar dari tempat tu, or kita bersama dgn orang yang kurang baik pulak, susah lah kita nak maintain baik tu, so kita maybe jadi kurang baik sikit lah kan. Itu namanya hipokrit ke? Tak kan. Haaa.

Tumblr_lzipmqs6yv1qkq1aro1_500_large

"Kalau kita sakit, tapi buat-buat tak sakit tu dikira as hipokrit ke?"-@aliahfatihah19-

For me, ini bukannya hipokrit. Selalunya orang yang sakit tapi buat-buat tak sakit tu niatnya baik, taknak menyusahkan orang lain. Hihihi. Yang tak sakit tapi buat-buat sakit tu yang nak kena lempang. Haha.

So, that's all my views and opinions on hypocrite. Maybe sedikit sebanyak dapat memperbetulkan mentaliti kita tentang hipokrit. Maybe you guys berpendapat sebaliknya on things I've pointed out just now. Its okay. You might share your views in the comment box below or via my twitter.

Hypocrite is evil,
Adapting is safe,
Being like others is cruel,
Being yourself is joy,
But improving yourself is eternal happiness.

Thanks for spending time reading this quite long blog post. Also, I want to credit this blog post to @syafiqselamat , @aliahfatihah19 , Wani Halim and Syiffa for coming up with few points and views that help. Jika ada teguran, jangan segan untuk tegur. Ampun maaf atas segala kesalahan. :)

-Aqilah Rosli-

No comments: