Thursday, June 12, 2014

Sebab Orang Tak Makan Cadbury, Aku Tak Suka Cadbury!

Assalamualaikum and greetings :)

Yoo waddup guys? Sihatkah perkhabaran anda semua? Harapnya semua sihat and happy. Cause healthy means complete physical, mental and social well-being. Physical, ok? Mental,ok? Social, ok? Apa? Feel lonely? Spend time dengan member please, segera! Haha. So, dah lama tak menaip and thanks to Nik and Anis housemate tersayang sebab kalau bukan sebab diorang mention aku pasal blog petang tadi, aku takkan tergerak hati nak menaip balik hee. 

Wait, what? Aqilah senyap dari blog sebab tengah busy bercinta? Ahahahahaha mestilah! K tak. nope! Bukan sebab busy bercinta. Tapi tak jugak busy sebab belajar. Just bercinta buat IQ aku merudum rendah so idea pun tak banyak mencurah untuk menulis. So, siapa yang perlu dipersalahkan? Mestilah bukan pakwe aku, sebab aku sayang dia kot! (ceh poyo!) and bukan jugak aku, so aku nak salahkan hormon pebenda yang tengah mengalir dalam salur darah ni, plus, dah memang sikap manusia kan nak salahkan benda sekeliling kita instead of diri kita sendiri. Kan?


#np Yuna - Penakut

Kau pernah tak rasa terstuck kat dalam satu masa yang kau tak tahu diri kau siapa sebenarnya? Pernah tak kau rasa macam contoh, kau suka gilaaaa nak mampus tulis blog but now, kau dah tak minat? Kau tertanya memang masa yang buat diri kau dah tak minat menulis or memang diri kau sebenarnya bukan sesastera A Samad Said untuk jadi orang yang suka menulis? Or kau suka makan aiskrim masa kecik tapi bila dah besar dengan tiba tibanya kau tak suka aiskrim entah kenapa? Are you guys with me? Sep sikit!

Aku tak tahu lah maybe sebab aku dalam fasa umur 20 tahun which is dah sampai masa aku cari identiti sendiri or what but somehow buat masa ni aku cepat confuse dengan diri sendiri. Aku tak tahu yang aku ni sendiri macam mana orangnya. Baik? Garang? Lembut? Soft-hearted? Romantic? Outspoken? Ada stand sendiri? Entah. 


Kadang aku rasa aku ni baik sebab selalu lepak dengan member member yang muslimah ayu wassolehah, boleh join usrah, dengar talk itu ini. (Wait, don't jump into conclusion yang aku masuk bakul angkat sendiri or dah rasa diri ni baik dari orang lain. I'm speaking within and for myself. Aku tak compare dengan orang. Aku compare dengan diri aku yang kebiasaannya).  And kadang aku rasa aku terlalu ikut arus trend. Apa yang orang suka, aku nak suka. Izzemal pernah marah aku, sebab aku ajak dia tengok movie yang aku taktau pun movie tu pasal apa but aku nak tengok semata-mata sebab orang cakap movie tu best. Katanya, aku macam takde stand sendiri. From that moment, baru aku tahu satu kesalahan besar sebenarnya suka or buat apa yang orang lain buat. 


Ada satu kali, member muslimah ayu wassolehah aku introduce diri aku dalam kelompok usrah. Ohh nama dia Hajar :) Dia cakap aku.... apa entah dia cakap aku pun lupa. Cuma yang paling aku ingat is dia cakap aku ni misteri. Wth? Hahahahahaha dia sebut misteri, aku dah terbayang diri aku pakai serba hitam dengan hoodies and sunglasses and sedang duduk di satu penjuru di sebuah restoran sambil baca buku Cerpen by Khairulnizam Bakeri and minum coffee (sebab milo ais tak cukup hipster). K lah part yang suka duduk makan lepak seorang diri tu aku terima lah, tapi to label me as 'mystery' ahahahaha lawak petala keberapa ni???


K lah. Maybe betul apa yang Hajar nampak aku tu. Pandangan dia kan. Aku mana nampak diri aku macam mana. So yeah! Kadang aku rasa orang sekeliling aku lagi faham diri aku siapa berbanding diri aku sendiri, even aku selalu cakap konon orang lain tak faham aku padahal sebenarnya aku yang tak faham diri aku sendiri. This all lead at one point yang aku confuse and tertanya kenapa aku tak tahu diri aku ni macam mana? Apa yang aku nak sebenarnya? Diri aku yang sekarang ni memang diri aku ke? Ke segala behaviour yang aku buat just a mask to my actual self ke macam mana?

Aku rasa aku baik sebab join usrah, tapi kadang aku rasa macam tak baik sebab behaviour aku tak semuslimah ayu wassolehah. Aku rasa aku garang, tapi orang selalu cakap aku sweet. Kadang-kadang aku pun rasa aku sweet, suka poems, suka quotes tapi aku susah betul nak admit. Sebab ciri-ciri macam tu sangatlah tipikal dengan orang perempuan. And fyi, aku tak suka jadi perempuan tipikal, yang suka mengada-ngada bermanja, gertak sikit nak menangis. So, aku tak serlahkan bakat sweet and romantic aku ke khalayak. Certain orang je tahu ehehe. Instead, aku surround kan diri aku dengan tweet perli perli perempuan yang jenis mengada ni. Tak tahu kenapa but bila buat macam tu, aku rasa macam 'excuse me bitch! I'm not like you who got face with no brains' punya feeling. 


But deep inside, aku still seorang perempuan. Yang ada rajuknya on certain masa. (Siot geli betul taip benda ni haha) Yang kadang bila call parents pun boleh mengalir air mata walaupun aku tengah wish birthday diorang, bukannya birthday aku pun. Ye, hati sutera aku ni. Yang tak boleh kawal emosi and pms yang tak berkesudahan. (ye, perempuan pms 24 jam sebenarnya. baru tahu?) Yang suka sangat sebenarnya bila ada orang bagi love notes kat aku, or conteng kertas aku say 'goodluck :)'. By mouth, I would say those things are really cheesy but seriously, sebenaanya aku suka. Ye lah, aku ni sentimental sebenarnya kakaka. Tapi lately aku jarang bergiat aktif dalam aktiviti sweet romantic romantic ni. Konon nak kentalkan hati, kuatkan jiwa. Tapi bila fikir balik, this is really not me. So, aku nak jadi yang mana satu sebenarnya ni?

Cerita eksklusif
(Ni aku kongsikan sikit cerita aku dengan harapan izzemal takde lah rajin nak baca post ni, amiin haha)

Aku dengan izzemal. Waaayyyyyyyy waaayyy waaayyyy different. Aku orang mainstream, dia budak indie, rock band, gig. Dia ada album Hujan siap autograf lagi. Aku emm baru download spotify and jadi premium members yang boleh download banyak lagu dengan 15hinggit/month which is berbaloi lah bagi aku. Dia suka outdoor, aku ermm lemah sikit lah outdoor outdoor ni. Kasut sukan aku pun baru je beli tu. Dia suka novel-novel fixi. Aku, takat Hlovate yang dah terkubur dah nama sekarang. Dia skaters, pakai sneakers. Aku? Flat shoes ballerina or bentuk kasut yang ala ala mary jane shoe tu (yang izzemal akan buat muka pelik bila nampak aku nak beli kasut macam tu sambil bertanya "pakai kasut ni dengan baju apa?"). Dia minat bakcpacking. Aku suka vacation mana mana tempat asalkan dengan orang yang aku sayang, and aku berpijak pada Bumi nyata yang aku belum mampu untuk travel jauh jauh ke Dubai bagai macam curator curator @twt_backpacker tu. 


TAPI

Somehow aku sangat rasa tercabar sebab dia tak pernah bagi aku chance untuk aku belajar benda-benda yang dia suka. Mungkin dia ada je bawak aku pergi konsert Jom Heboh or Festival Belia yang ada lah jugak band band indie. Mungkin dia ada je bagi aku dengar album Hujan dalam kereta (yang aku rasa best jugak sebenarnya Hujan ni). And mungkin dia ada je bawak aku pergi kedai I Am Lejen kat SS15 untuk aku expose kan diri dengan buku-buku fixi. Tapi, dia tak pernah cerita band indie ni nama apa, lagu yang diorang nyanyi tu lagu apa, kalau nak beli album tu dia selalu beli kata mana, or buku KL Noir yang dia pernah baca tu sebenarnya antara buku indie yang best (Dia just cakap buku tu from underground author yang time tu aku malas nak tanya banyak underground author tu apa sebab bila tanya dia akan cakap "alahh kalau cerita pun bukan you tahu") Yes, aku tercabar. Sebab dia macam look at me and kind of impression yang macam "engko bukannya suka pun benda yang aku suka ni. so, takyah tahu lah ekk" Izzemal, sorry for saying this hahaha just expressing my thoughts and feelings dear kakaka. 

Tu aku cuba buat benda yang dia suka. Belajar dunia dia. Aku buat list lagu lagu indie yang aku nak dengar. Beli buku-buku fixi and baca. Tak lagi ber perangai sweet sweet diabetes yang aku biasa buat. But, now, for now, aku macam rasa aku bukan diri aku. Aku hilang diri aku. Aku tak tahu aku buat benda ni semua sebab aku suka or sebab orang lain suka or semata sebab nak impress izzemal. 


Kadang kita mengaku hanya kita je yang kenal diri kita siapa? Engko yakin? Dah tu, kenapa orang pakai dress, kau pun suka pakai dress even at first kau rasa dress tu nampak macam orang mengandung kepada si pemakai? Kenapa kau malu nak mengaku yang kau ni suka dengar lagu jiwang dari dengar lagu Avicii? Kenapa kau nak bangkang satu perkara sedangkan deep inside kau tahu benda tu sebenarnya perlu disokong? Sebab orang lain semua bangkang, so kau perlu bangkang. Kau tak suka orang cerita pasal kahwin padahal kau pun suka cerita pasal kahwin. Macam tu?

Setelah bertafakur dan muhasabah diri seketika di tikar sejadah after solat, macam macam aku fikir. Siapa aku sebenarnya ni? Betul ke ini yang aku nak? Aku ni sure hidup dalam kehidupan seorang Aqilah Rosli? Ke aku hidup atas kebergantungan orang lain untuk mengatur hidup aku?


And yup, aku sikit demi sikit dapat jawapan. Even bukan semua. Aku rasa kita semua tak salah untuk try semua benda. Even benda tu sebab orang suka, kita suka. Sebab mostly dalam hidup ni, benda yang kita suka tu, mesti ada pencetus kenapa kita suka eg. orang introduce kat kita pasal lagu tu, then kau dengar then memang kau rasa best. Kecuali hal ehwal cinta, haa benda ni pelik sikit. Kau akan suka benda yang kau tak tahu kenapa kau suka, even kadang buat kau menyampah, tapi kau still suka jugak and takkan lepas. Jadah kan hormon oxytocin ni.

At our age ni, memang patut pun kita try semua benda. Orang takde hak pun nak label kau hipster kalau kau ikut do something yang orang lain pun buat. Orang lain takde hak pun nak label kau cool if kau ada pendirian sendiri konon nak jadi rare dari orang lain. Orang lain takde hak pun nak cakap kau noob sebab tak tahu satu satu benda. 


And in the same time, kau kena set kan satu borderline yang pisah kan personaliti sebenar kau and karakter eksperimentasi yang kau tengah cuba explore. Dalam behavioural science yang aku belajar pun, 

John Locke proposed theory of blank slate (tabula rasa) which states that people are born with  minds empty of ideas. Knowledge and ideas are only formed after gaining exposure to the outside world. Basically, it states that everyone starts as a 'blank slate' only to have their minds formed through personal experience. 


So, there. Kita sebenarnya takde spesifikasi on personality kita. Semua boleh berubah. In a blink of eyes or sepanjang penajajahan that damn Israel kat Palestin tu. Semua bergantung kat exposure kau. And depends on you, sir, yes yourself to select which personality are you in. However, 2 benda kau kena consider personality tu kau patut kekalkan dalam diri or tak:-

1. Kau happy dengan apa yang kau buat even orang lain menyumpah seranah membahan mempangkah kau tak berkesudahan.
2. Benda yang kau buat tu tak memudaratkan diri kau sekarang, dan akan datang (termasuk akhirat :) alahh nak jadi muslimah ayu wassolehah sikit pun tak boleh)


And bila menrefleksikan diri aku balik 5-6 tahun lalu, diri aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Diri aku yang 5-6 tahun lepas dibentuk oleh family and rakan sebaya kakaka. Well, I like most of it. But some, ada yang aku tinggalkan. And aku cuba maintain personaliti yang aku suka tu sebab aku rasa itu yang melambangkan Aqilah Rosli, yang sweet, yang suka buat lawak bangang (ini genetik ayah) and suka ketawa macam pontianak mengilai. And for now, aku still mencari identiti aku. Expose kan diri dengan semua benda and FILTER. Perlu sentiasa mengingatkan diri aku, siapa aku sebenarnya. Sebab takde siapa yang boleh buat kau happy selain diri kau sendiri, and Allah. 

A suka Cadbury, then Cadbury ada DNA khinzirun. Orang tak makan Cadbury dah. Cadbury dah disahkan halal, A pun taknak lah makan Cadbury sebab orang still tak makan. A cakap Toblerone lagi sedap dari Cadbury even 20 tahun dia hidup dengan Cadbury. A makan Toblerone, tapi deep inside, A rindukan Cadbury. 
Love,
Aqilah Rosli

No comments: